Tuesday, May 27, 2008

Golongan Muda Benteng UMNO

UMNO dalam keadaan sakit seolah-olah ia tidak bermaya lagi untuk menjadi pelindung kepada Melayu yang amat disayangi. Tergamakkah Melayu membiarkan UMNO terus lemah tidak bermaya tanpa mengenang jasa-jasanya hingga Melayu dapat berdiri megah dan berjaya setanding dengan bangsa yang lain? UMNO adalah sebuah lembaga yang telah menyumbangkan banyak jasa kepada Melayu. Ketika Melayu berada dalam keadaan yang amat sengsara dan keperitan UMNO muncul menghampiri Melayu. Berduyun-duyun Melayu menuju kearah UMNO semata-mata untuk mendapatkan perlindungan. Perpaduan Melayu yang kukuh memberi tenaga yang kuat kepada UMNO hingga ia sentiasa bertindak sebagai pelindung yang amat gagah kepada Melayu. UMNO berjuang dengan penuh kegetiran dan keperitan tanpa sekalipun berundur walaupun setapak. Melayu terus berada di bawah jagaan UMNO dengan rasa selamat. Setelah sebelas tahun UMNO berjuang tanpa henti siang dan malam tanpa rasa penat akhirnya UMNO berjaya membebaskan Melayu dari musuh-musuhnya. Penjajah dapat disingkirkan dari Tanah Melayu.

Setelah Melayu bebas dari cengkaman penjajah dan bebas melakukan apa sahaja di tanah tumpah darahnya, UMNO tetap berada disamping Melayu untuk memastikan Melayu berada dalam keadaan yang sentiasa selamat. Bersama-sama UMNO Melayu terus menggorak langkah merancang untuk memajukan bangsanya bersama-sama bangsa Cina dan India sebagai sahabat karibnya. Ketika itu semua bangsa sayangkan UMNO kerana jasa-jasanya yang tidak ternilai. Melayu berjaya dalam berbagai-bagai bidang. Melayu dapat menguasai pendidikan dengan baik setanding dengan bangsa-bangsa lain. Gelaran seorang doktor, jurutera, peguam, akauntan, profesor sudah biasa digelar kepada Melayu. Dalam bidang ekonomi Melayu walaunpun belum lagi sampai sasarannya tetapi telah ramai Melayu telah menjadi usahawan yang berjaya. Keusahawanan telah menjadi antara kerjaya pilihan Melayu ia bukan lagi bidang yang dimonopoli oleh kaum Cina.

UMNO telah berjaya menjadikan Melayu bebas mencorakkan negaranya sendiri. Tanah Melayu diperintah dengan baik. Bangsa lain berpuashati dengan pentadbiran Melayu kerana mereka tidak pernah dilupakan rakan karibnya. Setiap kemajuan yang dirancang terbukti Melayu mampu menjadikan rakan karibnya berjaya lebih dari bersama Melayu. Melayu langsung tidak merasa cemburu dengan kejayaan sahabatnya kerana bangsa yang dianggap sahabatnya sentiasa menyokong segala strategi yang dirancang oleh UMNO.

Kini UMNO dalam keadaan sakit. UMNO memerlukan golongan muda yang bertenaga untuk memulihkan semula kekuatan UMNO. Sekian lama UMNO berjuang untuk membela orang Melayu dan menyelamatkan Melayu dari terus di tawan oleh penjajah golongan muda mesti menyelamatkan UMNO dari penderitaan dan keperitan yang ditanggung. UMNO semakin lemah akibat dari pepecahan Melayu. Setelah orang Melayu berjaya menikmati kemakmuran dan tidak pernah merasi keperitan hidup janganlah UMNO dilupakan. Apakah salah UMNO hingga Melayu lupa untuk menjaganya. Mengapakah Melayu lupa tentang pengorbanan UMNO, bersatulah orang Melayu dibawah UMNO kerana dengan cara inilah akan memulihkan kekuatan UMNO yang semakin berkurangan.
Bangkitlah wahai golongan muda dan bantulah UMNO agar ia kembali kuat. Golongan muda mungkin tidak menyedari betapa murninya jasa UMNO kepada bangsa kamu. UMNO telah membuktikan bahawa ia mampu untuk menjaga bangsa kamu dengan baik. Melayu amat mengharapkan golongan muda menjadi benteng terakhir kepada UMNO. Balaslah semula jasa-jasa UMNO selama ini. Jangan sekali-kali kita nafikan selama ini bangsa kamu berlindung di bawah UMNO yang sentiasa berkorban memperjuangkan nasib kamu semua. PRU 12 telah membuktikan bahawa jika golongan muda tidak bersama UMNO maka runtuhlah Melayu. Jangan biarkan UMNO pergi meninggalkan Melayu. Berilah tenaga kepada UMNO agar ia sentiasa gagah melindungi bangsamu.

4 comments:

mozeck said...

Golongan muda sudah lupa akan jasa dan perjuangan nenek moyang mereka. Dengan hidup yang lebih selesa dan aman mereka lebih minat mencari duit... alasannya mengikut politik adalah membuang masa. Pihak pegawai tertinggi bahagian mahupun pusat perlu mengambil langkah tertentu untuk menarik minat mereka. Menganjurkan aktiviti yang mengikut trend semasa....

Anonymous said...

Salam,
Tuah tetap setia,nama yang sinonim dengan perjuangan UMNO kini.Golongan muda perlu pulihkan semangat untuk berjuang dilandasan UMNO yang sejati!.

p/s:Very nice blog and article written.Ada masa nanti mamak mesti singgah lagi beri komen!.Sila datang ke blog pemudaenggang boleh kita kongsi pendapat.Wassalam.

mat_terab said...

apa lagi yang layak kita buat dengan umno melainkan humban saja ke dalam sungai batang lupar buat umpan bujang senang......
umno yang banyak bergelumang dengan segala macam maksiat, rasuah penyelewengan, salah guna kuasa, dan macam-macam lagi hanya layak di humban ke sungai saja.........

Halim Tuah said...

mendedahkan bahawa ANWAR IBRAHIM PERNAH BERSUMPAH bagi tujuan MENAFIKAN TUDUHAN LIWAT ke atas beliau. Sila ikuti penyaksian sumpah Anwar Ibrahim tersebut di:-

http://www.youtube.com/watch?v=rTN4Xt3wH-M