Tuesday, May 27, 2008

Golongan Muda Benteng UMNO

UMNO dalam keadaan sakit seolah-olah ia tidak bermaya lagi untuk menjadi pelindung kepada Melayu yang amat disayangi. Tergamakkah Melayu membiarkan UMNO terus lemah tidak bermaya tanpa mengenang jasa-jasanya hingga Melayu dapat berdiri megah dan berjaya setanding dengan bangsa yang lain? UMNO adalah sebuah lembaga yang telah menyumbangkan banyak jasa kepada Melayu. Ketika Melayu berada dalam keadaan yang amat sengsara dan keperitan UMNO muncul menghampiri Melayu. Berduyun-duyun Melayu menuju kearah UMNO semata-mata untuk mendapatkan perlindungan. Perpaduan Melayu yang kukuh memberi tenaga yang kuat kepada UMNO hingga ia sentiasa bertindak sebagai pelindung yang amat gagah kepada Melayu. UMNO berjuang dengan penuh kegetiran dan keperitan tanpa sekalipun berundur walaupun setapak. Melayu terus berada di bawah jagaan UMNO dengan rasa selamat. Setelah sebelas tahun UMNO berjuang tanpa henti siang dan malam tanpa rasa penat akhirnya UMNO berjaya membebaskan Melayu dari musuh-musuhnya. Penjajah dapat disingkirkan dari Tanah Melayu.

Setelah Melayu bebas dari cengkaman penjajah dan bebas melakukan apa sahaja di tanah tumpah darahnya, UMNO tetap berada disamping Melayu untuk memastikan Melayu berada dalam keadaan yang sentiasa selamat. Bersama-sama UMNO Melayu terus menggorak langkah merancang untuk memajukan bangsanya bersama-sama bangsa Cina dan India sebagai sahabat karibnya. Ketika itu semua bangsa sayangkan UMNO kerana jasa-jasanya yang tidak ternilai. Melayu berjaya dalam berbagai-bagai bidang. Melayu dapat menguasai pendidikan dengan baik setanding dengan bangsa-bangsa lain. Gelaran seorang doktor, jurutera, peguam, akauntan, profesor sudah biasa digelar kepada Melayu. Dalam bidang ekonomi Melayu walaunpun belum lagi sampai sasarannya tetapi telah ramai Melayu telah menjadi usahawan yang berjaya. Keusahawanan telah menjadi antara kerjaya pilihan Melayu ia bukan lagi bidang yang dimonopoli oleh kaum Cina.

UMNO telah berjaya menjadikan Melayu bebas mencorakkan negaranya sendiri. Tanah Melayu diperintah dengan baik. Bangsa lain berpuashati dengan pentadbiran Melayu kerana mereka tidak pernah dilupakan rakan karibnya. Setiap kemajuan yang dirancang terbukti Melayu mampu menjadikan rakan karibnya berjaya lebih dari bersama Melayu. Melayu langsung tidak merasa cemburu dengan kejayaan sahabatnya kerana bangsa yang dianggap sahabatnya sentiasa menyokong segala strategi yang dirancang oleh UMNO.

Kini UMNO dalam keadaan sakit. UMNO memerlukan golongan muda yang bertenaga untuk memulihkan semula kekuatan UMNO. Sekian lama UMNO berjuang untuk membela orang Melayu dan menyelamatkan Melayu dari terus di tawan oleh penjajah golongan muda mesti menyelamatkan UMNO dari penderitaan dan keperitan yang ditanggung. UMNO semakin lemah akibat dari pepecahan Melayu. Setelah orang Melayu berjaya menikmati kemakmuran dan tidak pernah merasi keperitan hidup janganlah UMNO dilupakan. Apakah salah UMNO hingga Melayu lupa untuk menjaganya. Mengapakah Melayu lupa tentang pengorbanan UMNO, bersatulah orang Melayu dibawah UMNO kerana dengan cara inilah akan memulihkan kekuatan UMNO yang semakin berkurangan.
Bangkitlah wahai golongan muda dan bantulah UMNO agar ia kembali kuat. Golongan muda mungkin tidak menyedari betapa murninya jasa UMNO kepada bangsa kamu. UMNO telah membuktikan bahawa ia mampu untuk menjaga bangsa kamu dengan baik. Melayu amat mengharapkan golongan muda menjadi benteng terakhir kepada UMNO. Balaslah semula jasa-jasa UMNO selama ini. Jangan sekali-kali kita nafikan selama ini bangsa kamu berlindung di bawah UMNO yang sentiasa berkorban memperjuangkan nasib kamu semua. PRU 12 telah membuktikan bahawa jika golongan muda tidak bersama UMNO maka runtuhlah Melayu. Jangan biarkan UMNO pergi meninggalkan Melayu. Berilah tenaga kepada UMNO agar ia sentiasa gagah melindungi bangsamu.

Sunday, May 18, 2008

Hanya Islam dapat angkat Martabat Melayu - Hadi Awang

Pada 6 Mei 2008 Hadi Awang di Harakah Daily berkata "Hanya Islam dapat angkat martabat Melayu". Bagi seorang yang menganggap dirinya ulamak sepatutnya berasa malu dengan apa yang dikatakan. Kata-kata Kapal Singh yang menolak terus kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tidak langsung dibantah oleh Hadi Awang. PAS sanggup halalkan babi dan mengharamkan Hadari. Kenapa PAS sanggup menjual prinsinya hanya untuk mendapat kuasa yang tak mungkin ia perolehi. Seandainya UMNO tewas DAP jua yang akan memerintah walaupun Malaysia diketuai oleh Melayu.


Perak dan Selangor Melayu hanya menjadi alat kepada DAP. Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri mesti ada kelulusan daripada DAP. Dimanakah kekuatan orang Melayu. Hinggakan babi terpaksa dihalalkan di Selangor dan Islam hadari diharamkan ini adalah semata-mata untuk mendapat sokongan kaum Cina. Tidak sepatutnya Melayu PAS dan PKR tunduk kepada DAP. Jika diperhatikan hanya pemimpin UMNO sahaja yang mempertahankan hak orang Melayu, Melayu PAS dan PKR langsung tidak membantah segala tuntutan DAP menghapuskan keistimewaan orang Melayu termasuk DEB yang selama ini membantu Orang Melayu berjaya dalam beberapa bidang.

Wednesday, May 14, 2008

ANWAR BAPA RASUAH NEGARA

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dalam kenyataannya di Utusan Malaysia 14 Mei 2008 mendakwa beliau telah ditawarkan sejumlah besar wang untuk melompat ke parti pembangkang. Beliau juga telah dijanjikan jawatan dalam Kabinet.

Orang yang dihormati oleh pembangkang dan yang diangan-angankan pembangkang Anwar akan jadi perdana menteri mengamalkan rasuah yang paling merbahaya dalam negara. Perkara merasuah pemimpin bukan hanya berlaku sekarang. Menurut Datuk Rahman Dahlan juga "Trend itu telah dipraktikkan semasa membeli undi untuk bertanding Timbalan Presiden UMNO menentang Allahyarhan Tun Ghaffar Baba. Duit berbakul, projek dan borang merah jambu menjadi pelincir kejayaan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO".

Anwar "Bapa Rasuah Negara" mesti dihapuskan jangan biarkan dia bebas di Tanah Melayu. Kalau dia sanggup membeli pemimpin dan merosakkan bangsa sudah pasti dia tak akan teragak-agak jual negara. Kenyataan Datuk Mukhriz dalam Utusan Malaysia 14 Mei 2008, mempersoalkan hubungan Anwar dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amarika Syarikat(AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush.

Anwar seorang pembohong sanggup merasuah sejumlah habuan yang amat besar semata-mata untuk kepentingan diri demi dendamnya terhadap UMNO. Wahai orang-orang Melayu yang telah dipergaruhi oleh pembangkang baliklah semula ke pangkal jalan demi Bangsa, Agama dan Negara.

Tuesday, May 13, 2008

MELAYU MUDAH LUPA

Kenapa Melayu Lupa akan jasa UMNO?